Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.

Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu.

“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.

“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.
“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.

Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

pelajar genius kimia

“SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis,” luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

“Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama,” katanya.
Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.
Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia

Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

“Ya, saya faham apa yang dibaca,” jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

“Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

“Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia,” kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Guru 100 tahun dapat Ijazah

CONCORD, New Hampshire – Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.
Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.
“Dia mempunyai impian dan dia tidak mati kempunan kerana impian terakhirnya telah tercapai,” kata anak perempuan wanita itu, Marjorie Carpenter kelmarin.

Ames yang berusia 100 tahun pada 2 Januari lalu memperoleh sijil perguruan pada 1931 di Sekolah Keene Normal kini Kolej Negeri Keene, Amerika Syarikat (AS).

Dia kemudian mengajar di sebuah sekolah satu bilik darjah di Newbury Selatan, timur laut AS sebelum berpindah ke Sekolah Memorial di Pittsfield.

Sepanjang kerjayanya sebagai pendidik, Ames turut melakukan kerja-kerja kursus untuk melengkapkan jam kredit bagi memperoleh segulung ijazah tetapi dia berhenti separuh jalan apabila penglihatannya kabur setelah bersara pada 1971.
Namun, impian wanita itu diketahui seorang profesor perfileman Kolej Negeri Keene yang menemu bualnya beberapa tahun lalu.

Temu bual itu berkaitan sambutan 100 tahun kolej berkenaan yang disambut pada tahun lepas.

Pihak pentadbiran kolej kemudian meneliti semula semua kursus yang diambil oleh Ames dan berpuas hati bahawa wanita itu layak diberikan ijazah tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

program sedetikku rasa sehayatku kenang

assalamualaikum..

pada hari jumaat - sabtu ( 5 - 6 Februari 2010) kumpulan saya telah menjalankan Program Sedetikku Rasa Sehayatku Kenang bertempat di SMK Khir Johari Kedah..seramai 31 orang peserta daripada ahli kelab PRS Sekolah menyertai program kami..pelbagai pengalaman dan ilmu baru telah saya perolehi melalui program ini. walaupun dua hari bersama mereka, namun banyak kenangan manis yang akan menjadi kenangan buat saya sampai bila-bila....

para peserta yang menyertai program ini merupakan ahli kelab PRS yang mana mereka telah berjaya melepasi ujian personaliti untuk menjadi ahli kelab PRS. mereka juga bertuah kerana mereka telah dipilih daripada 200 pelajar lain yang ingin menyertai kelab PRS ini... saya mendapat maklumat daripada kaunselor mereka bahawa mereka merupakan generasi pertama PRS sekolah ini....tahniah kami ucapkan kepada semua peserta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ustaz Belasah Murid


KUALA LUMPUR: “Hang (kamu) jangan bagi aku jadi gila...” tengking seorang ustaz sebelum menjadikan seorang remaja sebagai mangsa amukannya dalam kejadian di sebuah rumah yang dijadikan pusat tahfiz di Taman Melawati, dekat sini, Selasa lalu.

Akibatnya, remaja berkenaan, Nazmil Hazwan Zaini, 14, cedera di kepala, kaki dan tangan kerana mendakwa ustaz terbabit memukul kepalanya dengan rotan selain memijak kepala.

Menceritakan kejadian itu, Nazmil Hazwan berkata, dia pada mulanya terbangun dari tidur jam 3 pagi kerana sakit perut.

“Sejurus terjaga, saya bergegas ke tandas dan selepas itu kembali ke bilik, namun ketika itu ada seorang rakan belum tidur dan saya bertanyakan kepadanya kenapa masih berjaga.

“Rakan memberitahu dia tidak dapat tidur lalu kami berbual sekejap kerana saya juga sukar melelapkan mata selepas sakit perut,” katanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik ditendang sebelum terlihat kelibat seseorang membawa lampu suluh menghampirinya.

“Sebaik menghampiri, saya baru perasan orang itu ustaz dan dengan lantang dia mengatakan jangan buat dia gila sebelum secara tiba-tiba menghayunkan rotan beberapa kali yang tepat mengenai tengah kepala saya.

“Ketika itu, saya hanya mampu merayu dia menghentikan perbuatan itu, namun dia makin menggila apabila terus memijak kepala saya sambil memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.

Menurut Nazmil, selain dia, dua lagi rakannya turut mengalami nasib sama apabila mereka menjadi mangsa belasahan ustaz terbabit, namun kecederaan dialami tidak seteruk dirinya.

Menurutnya, selepas puas membelasah dan melepaskan geram, ustaz terbabit dengan nada marah meminta dia memanggil bapanya datang menjemputnya keesokan harinya.

“Saya menghubungi ibu, namun panggilan tidak dijawab sebelum nekad pulang ke rumah di Jalan Genting Klang menaiki bas.

“Ibu hairan melihat saya pulang dengan lemah dan saya menceritakan kejadian itu kepadanya sebelum dibawa menjalani rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, kecederaan itu membuatkan dia tidak mampu membuka mulut dan hilang selera makan seharian berikutan keadaan kepalanya yang bengkak.

“Bagaimanapun, kesan itu beransur pulih, namun masih terasa sakit,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Zaini Ariffin, 47, kesal dengan tindakan ustaz terbabit kerana niatnya menghantar anak ke pusat itu untuk menjadi seorang hafiz.

“Saya tak kisah jika anak dipukul kerana tak tahu membaca atau enggan mendengar nasihat, namun kesal kerana dia yang belum tidur selepas sakit perut diperlakukan dengan kejam.

“Berikutan kejadian ini, saya serik dan tawar hati menghantar anak ke pusat itu dan terpaksa membuat laporan polis kerana tindakan ini boleh dianggap terlalu melampau,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali ustaz terbabit ketika terserempak di sebuah masjid selepas menunaikan solat dan dengan perwatakan yang baik, hatinya mula tertarik selepas diberitahu lelaki itu dia membuka kelas tahfiz secara percuma.

Difahamkan, ustaz berkenaan dari utara Semenanjung menjadikan rumah dua tingkat di situ asrama dan tempat pelajar mendalami ilmu agama dan menghafal al-Quran.

Difahamkan, kejadian memukul bukan kali pertama kerana sebelum ini ada pelajar pernah melakukan kesalahan kecil dipijak dada selain turut didenda melakukan ketuk ketampi hingga membuatkan ada seorang melarikan diri.

Pusat tahfiz itu menempatkan hampir 20 pelajar dan ada antara mereka datang dari negara jiran untuk mempelajari ilmu agama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas kerana masih dalam siasatan.

Difahamkan, polis sudah memeriksa rumah teres dua tingkat yang dijadikan pusat tahfiz itu dan cuba menemui ustaz terbabit, namun dia menghilangkan diri sebaik melihat kelibat polis.

Usaha Harian Metro berjumpa dan menemu bual guru agama itu juga gagal.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kekasih berhati iblis


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.

“Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai kenalan teman lelaki mangsa.

“Teman lelaki mangsa turut memperkenalkan ketiga-tiga kenalannya sebelum mereka menjamu selera bersama,” katanya.

Menurutnya, selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong.

“Mangsa bertanya kepada teman lelakinya ke mana ibu bapanya pergi, tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.

“Bagi meyakinkan mangsa, teman lelakinya itu mendakwa akan membawanya ke rumah baru mereka, namun dia perlu memeriksa barangan dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika lelaki terbabit berpura-pura memeriksa barangan dalam rumah berkenaan, tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan.

Menurut sumber itu, sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa segera menampar teman lelakinya itu, namun tindakan berkenaan mengundang padah apabila dia diugut selain dipukul.

Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan.

Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kesedihan umat islam

assalamualaikum
Perhatian kepada semua blogger islam - mesti baca! Jika anda seorang blogger ataupun bukan blogger tapi beragama Islam, bantuan anda amat diperlukan untuk memastikan laman web yang menghina Islam ini dapat ditutup seberapa segera oleh pihak WordPress. Blog yang menghina Islam ini beralamat: http://beritamuslim.wordpress.com/ dan memuatkan banyak artikel @ grafik yang menghina Islam.

saya dapat masej ini daripada beberapa orang rakan saya...dan saya begitu sedih kerana begitu mudah islam dipermainkan oleh seseorang individu yang tidak bertanggungjawab.. jadi saya begitu berharap agar pembaca-pembaca sekalian tidak terpengaruh dengan apa yg dituliskan dalam blog tersebut.. malah kita akan bersama2 supaya blog ini dpt didelete oleh pihak wordpress...

pesanan kepada blogger tersebut :
andai anda tidak mengetahui makna islam yg sebenar, anda sepatutnya mengkaji dahulu sebelum berbicara...umat islam hanya mempunyai tuhan yang esa iaitu Allah...dan tidak lain yg wajib disembah melainkan Dia...jika anda tidak dapat menerima ajaran yg di bawa oleh nabi kami, Muhammad..anda mempuyai hak untuk tidak mengikutinya..namun anda tidak berhak untuk menghina nabi n tuhan kami...agama islam tidak pernh memaksa agama lain menerima agama kami kecuali mereka benar2 ingin memeluki agama kami kerana cintakan Allah dan rasulnya..jadi anda tidak berhak malah tidak pantas bbicara mengenai agama kami sedangkan anda sndri tidak pernah untuk mendekati agama kami...jika anda sblm ini adalah muslim, bertaubatlah..andai anda bukan muslim delete lah blog ini kerana semua penulisan anda mengenai islam hnyalah kepalsuan yg anda reka sdiri..untuk apa anda ingin menegakkan pkara yang anda sdiri cetek tentngnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hukum main facebook (menurut ustaz


1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.


Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pesan roh kepada manusia hidup


APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kes buli di sekolah dilaporkan media massa



2004 - Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
LUKA...mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir dua jam.

HAMPIR LUMPUH...Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga. BELASAH...pelajar junior sering menjadi mangsa buli pelajar senior di asrama.

HAMPIR LUMPUH...Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga.

2006 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

2007 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

008 - Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka
2009 (Februari) - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube

Mac - Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.

Ogos - Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

tragedi secawan teh

TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.

Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.

“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.

“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.

Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.

“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.
Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.

“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.

Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.

“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

realiti kehidupan



KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .
“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hidup yg sementara

Assalamualaikum..
2 hari lps sy mendapat khabar yg begitu memeranjatkan hampir kesemua pelajar UPSI di mana kami kehilangan dua org pelajar @ 2 org bakal pendidik yg sudah pergi dahulu menerma panggilan Ilahi..begitu muda usia ttp itu bukan alasan bahawa kt tidak akan dipanggil oleh-Nya...namun Allah mengetahui apa yang kita tidak kethui dan Dia lebih menyayangi hamba-Nya dan memanggil mereka lebih awal... sedih bila difikirkan namun kita kena redho atas segala dugaan yang menimba..walaupun sy kurang mengenali mereka namun sy turut bersimpati kepada keluarga mereka..salam takziah daripada saya buat kedua2 keluarga arwah..semoga arwah ditemptkan di sisi-Nya..

sy mula t'fikir betapa singkat rupanya hidup ini...pejam celik pejam celik kt semakin dimamah usia..tp apa yg kita telah lakukan sepanjang usia kita ini?... berapa ramai org yg bahagia sewaktu bersama kita..berapa ramai insan yg pernah kt bantu...dan berapa banyakkah tenaga kita yg telah disalurkan di jalan-Nya... n berapa jumlah wang yg pernah kita sedekahkan kepada insan2 yg memerlukan?... jika dikira2, rasanya terlalu sikit @ tidak pernah langsung kita salurkan dgn ikhlas sume ini...entahlah mungkin kita rasa kita selesa dgn kehidupan kita skq..shinggakan kt tidak pernah ingt akan hari akhirat...@ mungkin kita merasakan kita masih blum mmpu untuk menyalurkan sume ini sbb kt student..

saya tertarik dngn setiap komen yg diberikan oleh rakan2 arwah dalam upsi kini....kedua2 arwah merupakan org yg berani memperjuangkan agama Allah..saat2 nyawa mereka di hujung tanduk, lidah mereka basah memanggil nama Allah...betapa beruntungnya mereka kerana dianugerahkan kesabaran... betapa beruntungnya mereka sewaktu saat2 t'akhir mereka, lidah mereka tidak lekang menyebut dan memanggil nama Tuhan yang maha Esa...SubhanaAllah... adakah aku juga mmpu untuk memanggil namamu Ya Allah seandainya nyawaku berada di hujung tanduk?....adakah aku mmpu mmberikan diri ku untuk mmperjuangkan agamamu Ya Allah ...dan adakah aku akan terpilih untuk mmpertahankan agamamu?... Ya Allah.......betapa lemahnya aku....

Ya Allah betapa banyaknya dosaku kepadamu...berikanlah aku, keluargaku, saudara maraku, rakan-rakanku serta semua kaum muslimin dan muslimat anugerah kesabaran dan kekuatan untuk mmperjuangkan agamaMu sepertimana Engkau telah anugerahkan kepada manusia yang terdahulu daripada kami....dan matikanlah kami dijalanMu dan janganlah pernah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberikan taufik dan hidayahMu...Ya Allah basahkanlah lidah kami dengn memujiMu...lindungilah kami Ya Allah daripada godaan syaitan yang direjam dan daripada tipu daya dunia yang sementara juga lindungilah kami daripada api neraka......

"Tuhanku... aku tidak layak masuk syurgamu, namun ku tak upaya untuk menanggung siksa api nerakaMu... terima taubatku dan ampunkan dosa2ku...sesungguh-Nya Engkaulah pengampun dosa2 besar"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ombak dan pantai

hidup ini umpama pantai yg tidak lekang dek ombak yg mengganas...belum surut ombak yg pertama, dtg lagi ombak yg baru bertalu-talu..tp kerana pantai yg kuat dan tidak putus asa, ombak tidak mampu mengalahkannya..tp kkdg kala bila ombak tlalu kuat seperti tsunami, akhirnya pantai ilang dipermukaannya..tkuntang-kanting pantai berusaha untuk menimbulkan balik dirinya..berjam2, berhari2, dan mungkin mengambil masa b'bulan2 malah btahun2...dan tanpa pernah berasa jemu akhirnya pantai bjaya juga menimbulkan dirinya kembali..tp ombak tak pernah give up, dia sntiasa busaha untuk menjatuhkan semangt si pantai...sampai sekarang pantai masih mampu untuk tersenyum kerana ombak masih lagi gagal melenturkan semangatnya...

hidup kita juga seperti pantai tetapi kenapa kita tak mampu untuk menjadi sekuat pantai..adakah kita sll menggp bahawa ombak yg dtg itu tlalu kuat sehinggakan kita tidak pernah melawan untuk mengatasinya... atau adakah kita tidak sekuat imannya seperti pantai yg menganggp bahawa dia dijadikan adalah untuk mmpertahankan makhluk lain yg berada diatasnya daripada ombak yg mnggila...Ya Allah kuatkan lah hatiku dan terimalah aq di sisi insan2 yg Engkau cintai...Amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kembali selepas 30 tahun

KENYATAAN Kementerian Pengajian Tinggi mahu membawa semula sudut pidato atau ‘speaker’s corner’ di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima reaksi positif pelbagai pihak terutama pelajar universiti.
Kementerian Pengajian Tinggi membuat cadangan itu selepas pindaan semula AUKU pada Februari tahun lalu.

Sudut pidato yang diperap kira-kira 30 tahun dijelma semula berikutan desakan dan kehendak mahasiswa yang berasakan ia perlu bagi membangkitkan semula semangat mahasiswa yang kini kian lesu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan di IPT, pengucapan awam berada di kedudukan terbawah.

Justeru, dengan pelaksanaan sudut pidato, beliau yakin pengucapan awam tidak lagi di kedudukan tercorot.
“Sudut pidato ini nanti mampu menjadi tempat pelajar menyuarakan pendapat atau perkara yang dirasakan perlu diketengahkan.

“Walaupun IPT ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), ada segelintir pelajar tidak suka menyuarakan pendapat menggunakan saluran itu.

“Jadi, melalui sudut pidato ini, mereka bebas menyuarakan pendapat di depan pelajar lain, bukannya bercakap di belakang,” katanya.

Menurutnya, sudut pidato ini akan menjadi medan pelajar mengetengahkan bakat berpidato kerana bukan semua berpeluang menjadi pembahas atau mewakili universiti di manamana pertandingan.

Usaha mengembalikan sudut pidato di IPT memang baik kerana memberi manfaat kepada pelajar dan meningkatkan keupayaan bercakap secara spontan di hadapan khalayak.

Namun, dengan senario politik di Malaysia ini, apakah kemungkinan sudut pidato ini disalahgunakan dan menjadi medan perbahasan untuk kepentingan sendiri? Biarpun ada pemantauan pihak universiti, sejauh mana boleh dipastikan ia dapat dikawal sepenuhnya? Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Abd Razak, berkata pelajar universiti kian matang dan dapat membezakan buruk dan baik untuk membahaskan sesuatu isu.
Beliau berkata, dengan pemantauan universiti, sukar bagi pelajar menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan diri sendiri.

“Sudah 30 tahun sudut pidato ini tidak dilaksanakan di IPT dan saya percaya pelajar generasi sekarang bukan seperti penuntut era 1960- an dan 1970 yang terlalu ekstrem.

“Dengan kematangan dan ilmu, pelajar generasi baru mampu melontar idea dan pandangan secara intelektual,” katanya.

Namun, beliau mengakui kadangkala apabila pengucapan itu menjadi emosi, seseorang itu sukar untuk mengawal kata-kata.

Justeru, katanya pihak universiti perlu peka terhadap sebarang kemungkinan termasuk meminta memberhentikan majlis itu jika sudah keterlaluan.

“Di UKM, kita menyediakan tempat khas untuk sudut pidato, tetapi pelajar perlu mematuhi garis panduan ditetapkan.

“Antaranya, pelajar tidak boleh membahaskan perkara sensitif atau memaki hamun peribadi orang lain,” katanya.

Pada era 1960-an dan 70-an, sudut pidato melatih pemimpin pelajar petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.

Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.
“Ramai pemimpin negara hari ini lahir dalam kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya

Sementara itu, Hakim Kelas Tertinggi, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Makum), Mohd Zali Ridzal Zakaria berkata usaha memperkenalkan sudut pidato itu mampu mengembalikan semula era kegemilangan pelajar IPT.

“Memang diakui pembabitan pelajar dalam pidato atau debat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan berani berucap di khalayak ramai.

“Apabila keluar, mereka lebih yakin dan tidak gentar berucap di hadapan khalayak,” katanya.
Cuma beliau berharap pihak universiti tidak meletakkan garis panduan terlalu ketat untuk merealisasikan sudut pidato itu.

“Saya percaya pelajar mampu mengawal perasaan masing-masing kerana mereka harus menerima risiko sudut pidato ditarik balik jika disalah gunakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cetusan Hati

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya mengucap syukur kepada-Nya kerana dengan keizinan-Nya dapatlah saya membina blog ini dengan sebaiknya. Terima Kasih juga pensyarah saya En. Ab. Aziz bin Mohd. Yatim kerana mencetuskan idea untuk saya mencipta blog saya sendiri. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang membantu saya secara langsung mahupun tidak dalam membantu saya membina blog ini dengan sabaik mungkin. Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penyubur nurani dalam menjadikan kita manusia yang produktif dan proaktif...InsyaAllah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS