Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.

Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu.

“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.

“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.
“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.

Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

pelajar genius kimia

“SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis,” luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

“Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama,” katanya.
Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.
Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia

Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

“Ya, saya faham apa yang dibaca,” jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

“Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

“Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia,” kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Guru 100 tahun dapat Ijazah

CONCORD, New Hampshire – Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.
Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.
“Dia mempunyai impian dan dia tidak mati kempunan kerana impian terakhirnya telah tercapai,” kata anak perempuan wanita itu, Marjorie Carpenter kelmarin.

Ames yang berusia 100 tahun pada 2 Januari lalu memperoleh sijil perguruan pada 1931 di Sekolah Keene Normal kini Kolej Negeri Keene, Amerika Syarikat (AS).

Dia kemudian mengajar di sebuah sekolah satu bilik darjah di Newbury Selatan, timur laut AS sebelum berpindah ke Sekolah Memorial di Pittsfield.

Sepanjang kerjayanya sebagai pendidik, Ames turut melakukan kerja-kerja kursus untuk melengkapkan jam kredit bagi memperoleh segulung ijazah tetapi dia berhenti separuh jalan apabila penglihatannya kabur setelah bersara pada 1971.
Namun, impian wanita itu diketahui seorang profesor perfileman Kolej Negeri Keene yang menemu bualnya beberapa tahun lalu.

Temu bual itu berkaitan sambutan 100 tahun kolej berkenaan yang disambut pada tahun lepas.

Pihak pentadbiran kolej kemudian meneliti semula semua kursus yang diambil oleh Ames dan berpuas hati bahawa wanita itu layak diberikan ijazah tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

program sedetikku rasa sehayatku kenang

assalamualaikum..

pada hari jumaat - sabtu ( 5 - 6 Februari 2010) kumpulan saya telah menjalankan Program Sedetikku Rasa Sehayatku Kenang bertempat di SMK Khir Johari Kedah..seramai 31 orang peserta daripada ahli kelab PRS Sekolah menyertai program kami..pelbagai pengalaman dan ilmu baru telah saya perolehi melalui program ini. walaupun dua hari bersama mereka, namun banyak kenangan manis yang akan menjadi kenangan buat saya sampai bila-bila....

para peserta yang menyertai program ini merupakan ahli kelab PRS yang mana mereka telah berjaya melepasi ujian personaliti untuk menjadi ahli kelab PRS. mereka juga bertuah kerana mereka telah dipilih daripada 200 pelajar lain yang ingin menyertai kelab PRS ini... saya mendapat maklumat daripada kaunselor mereka bahawa mereka merupakan generasi pertama PRS sekolah ini....tahniah kami ucapkan kepada semua peserta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ustaz Belasah Murid


KUALA LUMPUR: “Hang (kamu) jangan bagi aku jadi gila...” tengking seorang ustaz sebelum menjadikan seorang remaja sebagai mangsa amukannya dalam kejadian di sebuah rumah yang dijadikan pusat tahfiz di Taman Melawati, dekat sini, Selasa lalu.

Akibatnya, remaja berkenaan, Nazmil Hazwan Zaini, 14, cedera di kepala, kaki dan tangan kerana mendakwa ustaz terbabit memukul kepalanya dengan rotan selain memijak kepala.

Menceritakan kejadian itu, Nazmil Hazwan berkata, dia pada mulanya terbangun dari tidur jam 3 pagi kerana sakit perut.

“Sejurus terjaga, saya bergegas ke tandas dan selepas itu kembali ke bilik, namun ketika itu ada seorang rakan belum tidur dan saya bertanyakan kepadanya kenapa masih berjaga.

“Rakan memberitahu dia tidak dapat tidur lalu kami berbual sekejap kerana saya juga sukar melelapkan mata selepas sakit perut,” katanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia terdengar pintu bilik ditendang sebelum terlihat kelibat seseorang membawa lampu suluh menghampirinya.

“Sebaik menghampiri, saya baru perasan orang itu ustaz dan dengan lantang dia mengatakan jangan buat dia gila sebelum secara tiba-tiba menghayunkan rotan beberapa kali yang tepat mengenai tengah kepala saya.

“Ketika itu, saya hanya mampu merayu dia menghentikan perbuatan itu, namun dia makin menggila apabila terus memijak kepala saya sambil memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.

Menurut Nazmil, selain dia, dua lagi rakannya turut mengalami nasib sama apabila mereka menjadi mangsa belasahan ustaz terbabit, namun kecederaan dialami tidak seteruk dirinya.

Menurutnya, selepas puas membelasah dan melepaskan geram, ustaz terbabit dengan nada marah meminta dia memanggil bapanya datang menjemputnya keesokan harinya.

“Saya menghubungi ibu, namun panggilan tidak dijawab sebelum nekad pulang ke rumah di Jalan Genting Klang menaiki bas.

“Ibu hairan melihat saya pulang dengan lemah dan saya menceritakan kejadian itu kepadanya sebelum dibawa menjalani rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, kecederaan itu membuatkan dia tidak mampu membuka mulut dan hilang selera makan seharian berikutan keadaan kepalanya yang bengkak.

“Bagaimanapun, kesan itu beransur pulih, namun masih terasa sakit,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Zaini Ariffin, 47, kesal dengan tindakan ustaz terbabit kerana niatnya menghantar anak ke pusat itu untuk menjadi seorang hafiz.

“Saya tak kisah jika anak dipukul kerana tak tahu membaca atau enggan mendengar nasihat, namun kesal kerana dia yang belum tidur selepas sakit perut diperlakukan dengan kejam.

“Berikutan kejadian ini, saya serik dan tawar hati menghantar anak ke pusat itu dan terpaksa membuat laporan polis kerana tindakan ini boleh dianggap terlalu melampau,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali ustaz terbabit ketika terserempak di sebuah masjid selepas menunaikan solat dan dengan perwatakan yang baik, hatinya mula tertarik selepas diberitahu lelaki itu dia membuka kelas tahfiz secara percuma.

Difahamkan, ustaz berkenaan dari utara Semenanjung menjadikan rumah dua tingkat di situ asrama dan tempat pelajar mendalami ilmu agama dan menghafal al-Quran.

Difahamkan, kejadian memukul bukan kali pertama kerana sebelum ini ada pelajar pernah melakukan kesalahan kecil dipijak dada selain turut didenda melakukan ketuk ketampi hingga membuatkan ada seorang melarikan diri.

Pusat tahfiz itu menempatkan hampir 20 pelajar dan ada antara mereka datang dari negara jiran untuk mempelajari ilmu agama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas kerana masih dalam siasatan.

Difahamkan, polis sudah memeriksa rumah teres dua tingkat yang dijadikan pusat tahfiz itu dan cuba menemui ustaz terbabit, namun dia menghilangkan diri sebaik melihat kelibat polis.

Usaha Harian Metro berjumpa dan menemu bual guru agama itu juga gagal.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kekasih berhati iblis


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.

“Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai kenalan teman lelaki mangsa.

“Teman lelaki mangsa turut memperkenalkan ketiga-tiga kenalannya sebelum mereka menjamu selera bersama,” katanya.

Menurutnya, selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong.

“Mangsa bertanya kepada teman lelakinya ke mana ibu bapanya pergi, tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.

“Bagi meyakinkan mangsa, teman lelakinya itu mendakwa akan membawanya ke rumah baru mereka, namun dia perlu memeriksa barangan dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika lelaki terbabit berpura-pura memeriksa barangan dalam rumah berkenaan, tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan.

Menurut sumber itu, sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa segera menampar teman lelakinya itu, namun tindakan berkenaan mengundang padah apabila dia diugut selain dipukul.

Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan.

Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kesedihan umat islam

assalamualaikum
Perhatian kepada semua blogger islam - mesti baca! Jika anda seorang blogger ataupun bukan blogger tapi beragama Islam, bantuan anda amat diperlukan untuk memastikan laman web yang menghina Islam ini dapat ditutup seberapa segera oleh pihak WordPress. Blog yang menghina Islam ini beralamat: http://beritamuslim.wordpress.com/ dan memuatkan banyak artikel @ grafik yang menghina Islam.

saya dapat masej ini daripada beberapa orang rakan saya...dan saya begitu sedih kerana begitu mudah islam dipermainkan oleh seseorang individu yang tidak bertanggungjawab.. jadi saya begitu berharap agar pembaca-pembaca sekalian tidak terpengaruh dengan apa yg dituliskan dalam blog tersebut.. malah kita akan bersama2 supaya blog ini dpt didelete oleh pihak wordpress...

pesanan kepada blogger tersebut :
andai anda tidak mengetahui makna islam yg sebenar, anda sepatutnya mengkaji dahulu sebelum berbicara...umat islam hanya mempunyai tuhan yang esa iaitu Allah...dan tidak lain yg wajib disembah melainkan Dia...jika anda tidak dapat menerima ajaran yg di bawa oleh nabi kami, Muhammad..anda mempuyai hak untuk tidak mengikutinya..namun anda tidak berhak untuk menghina nabi n tuhan kami...agama islam tidak pernh memaksa agama lain menerima agama kami kecuali mereka benar2 ingin memeluki agama kami kerana cintakan Allah dan rasulnya..jadi anda tidak berhak malah tidak pantas bbicara mengenai agama kami sedangkan anda sndri tidak pernah untuk mendekati agama kami...jika anda sblm ini adalah muslim, bertaubatlah..andai anda bukan muslim delete lah blog ini kerana semua penulisan anda mengenai islam hnyalah kepalsuan yg anda reka sdiri..untuk apa anda ingin menegakkan pkara yang anda sdiri cetek tentngnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS