pelajar genius kimia

“SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis,” luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

“Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama,” katanya.
Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.
Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia

Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

“Ya, saya faham apa yang dibaca,” jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

“Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

“Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia,” kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Guru 100 tahun dapat Ijazah

CONCORD, New Hampshire – Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.
Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.
“Dia mempunyai impian dan dia tidak mati kempunan kerana impian terakhirnya telah tercapai,” kata anak perempuan wanita itu, Marjorie Carpenter kelmarin.

Ames yang berusia 100 tahun pada 2 Januari lalu memperoleh sijil perguruan pada 1931 di Sekolah Keene Normal kini Kolej Negeri Keene, Amerika Syarikat (AS).

Dia kemudian mengajar di sebuah sekolah satu bilik darjah di Newbury Selatan, timur laut AS sebelum berpindah ke Sekolah Memorial di Pittsfield.

Sepanjang kerjayanya sebagai pendidik, Ames turut melakukan kerja-kerja kursus untuk melengkapkan jam kredit bagi memperoleh segulung ijazah tetapi dia berhenti separuh jalan apabila penglihatannya kabur setelah bersara pada 1971.
Namun, impian wanita itu diketahui seorang profesor perfileman Kolej Negeri Keene yang menemu bualnya beberapa tahun lalu.

Temu bual itu berkaitan sambutan 100 tahun kolej berkenaan yang disambut pada tahun lepas.

Pihak pentadbiran kolej kemudian meneliti semula semua kursus yang diambil oleh Ames dan berpuas hati bahawa wanita itu layak diberikan ijazah tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

program sedetikku rasa sehayatku kenang

assalamualaikum..

pada hari jumaat - sabtu ( 5 - 6 Februari 2010) kumpulan saya telah menjalankan Program Sedetikku Rasa Sehayatku Kenang bertempat di SMK Khir Johari Kedah..seramai 31 orang peserta daripada ahli kelab PRS Sekolah menyertai program kami..pelbagai pengalaman dan ilmu baru telah saya perolehi melalui program ini. walaupun dua hari bersama mereka, namun banyak kenangan manis yang akan menjadi kenangan buat saya sampai bila-bila....

para peserta yang menyertai program ini merupakan ahli kelab PRS yang mana mereka telah berjaya melepasi ujian personaliti untuk menjadi ahli kelab PRS. mereka juga bertuah kerana mereka telah dipilih daripada 200 pelajar lain yang ingin menyertai kelab PRS ini... saya mendapat maklumat daripada kaunselor mereka bahawa mereka merupakan generasi pertama PRS sekolah ini....tahniah kami ucapkan kepada semua peserta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS